Thursday, December 31, 2009

SAYONARA 2009...WELCOME 2010

Masih terdapat kurang dari setengah jam untuk saya nikmati 2009. Selepas ni, 2009 cuma sebuah kenangan campuran antara manis dan pahit. 2009 adalah tahun yang banyak mengajar saya tentang erti pengorbanan, ketabahan, kejujuran...pendek kata tentang kehidupan.

Boleh saya katakan tahun 2009 berat ke arah manis. Peristiwa yang baik untuk saya kerana :

1. Tahun pertama saya menjadi seorang ibu kepada Princess
2. Mendapat tawaran kerja yang lebih baik
3. Mendapat tawaran belajar di UUM
4. Berbaik dengan ahli keluarga yang lama terpisah
5. Berjumpa dengan kawan-kawan baru (Radicare + UUM PJJ)

Banyak perkara baik berlaku. Alhamdulillah.

Sekarang masih ada lagi kurang dari setengah jam untuk saya renungkan apa yang perlu saya lakukan untuk perbaiki diri ini. Cipta AZAM baru sempena 2010. Mengimbas kembali perkara-perkara yang belum terlaksana 2009.

Saya yakin, 2010 akan jadi tahun lebih baik dari 2009. InsyaALLAH.

Jadi, buat teman-teman...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.

Salam Sayang,

Tijah

1 comments:

lily lotus said...

happy new year! semoga hidup lebih diberkati..amin